|
|
|
|
|
|
Buat belanjawan bagi menentukan harga rumah yang mampu anda beli.
Dengan belanjawan ini,
anda boleh menentukan harga maksima hartanah yang ingin anda beli.
Sebagai panduan, komitmen bulanan seperti ansuran rumah, kereta dan
lain-lain bayaran tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar isi
rumah. |
|
|
|
|
Periksa sumber kewangan anda: |
|
|
Tabungan persendirian |
|
|
pastikan anda mempunyai tabungan persendirian yang
mencukupi untuk menjelaskan bayaran muka (anggaran 10% - 20% daripada
harga rumah) dan kos sampingan lain seperti fi guaman dan duti setem
(anggaran tambahan 3% - 5%) |
|
|
|
|
Pengeluaran daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) |
|
|
jumlah simpanan KWSP yang boleh dikeluarkan untuk
membeli rumah tidak boleh melebihi jumlah yang ada dalam Akaun 2 anda.
Sila hubungi pejabat KWSP yang berdekatan untuk membuat pertanyaan
berhubung kelayakan membuat pengeluaran tersebut |
|
|
|
|
Kemudahan pembiayaan daripada institusi perbankan Islam |
|
|
buat tinjauan dan perbandingan terhadap pakej
pembiayaan di pasaran yang paling sesuai dengan anda, kualiti
perkhidmatan yang cekap dan boleh dipercayai, serta caj-caj yang
dikenakan seperti fi guaman, fi dan caj berkaitan yang dibayar kepada
pihak kerajaan |
|
|
|
Rumah Dalam Pembinaan |
|
|
|
Jika anda ingin membeli rumah yang masih dalam pembinaan,
sila periksa latar belakang pemaju. Jangan takut untuk bertanyakan
pelbagai soalan kepada pemaju. Pemaju yang mempunyai rekod yang baik
akan mengurangkan risiko projek terbengkalai. Pastikan pemaju: |
|
|
mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. |
|
mempunyai permit sah pengiklanan dan jualan yang dikeluarkan oleh penguat kuasa tempatan. |
|
|
Rumah Siap |
|
Jika anda ingin membeli rumah yang telah siap daripada
penjual, sila dapatkan nilai pasaran bagi rumah yang serupa di kawasan
yang sama. - Sumber Banking Info | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | |
No comments:
Post a Comment